Make your own free website on Tripod.com



bulansab.gif (1065 bytes)

MAKLUMAT UMUM

Organisasi
Perlembagaan
Peraturan Umum
Cara Pakaian
Rancangan 2000
Pelaksanaan 2000
Rancangan 2001
Mesyuarat Agung
Senarai semak
Senarai Ahli
Jaringan PBSMM

LAPORAN AKTIVITI

Kem Belia 2000
Kem Tekala
Kem Congkak
Pertandingan PC
Mesyuarat Induk
Kem Tekali
Kursus PC
Kursus Kepimpinan
Jambori PBSMM

KURSUS

Kursus PC

NOTA

Pendidikan
Bencana Alam
Pertolongan Cemas
Kejururawatan
Kemasyarakatan
Derma Darah
Wabak Penyakit

LINK

Malaysia
Hulu Langat
SAM 10
Jamuan Petaling
Sarul Nizam ?
Pergi Jepun
Rentas Hutan 2000


Pelaksanaan Rancangan 2000
PBSMM SMK Engku Husain
gambar.gif (2183 bytes)



1 2 3 4 5

 


ANGGOTA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menyiapkan bekalan makanan untuk dihantar kepada 21 tebusan yang sedang ditahan oleh puak pemisah Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Rundingan masih ditangguh

JOLO 20 Jun - Penangguhan rundingan yang masih belum disambung sejak Isnin lalu membimbangkan pasukan Perubatan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) tentang keadaan kesihatan para tebusan terutama dalam musim hujan sejak kebelakangan ini.

Ketua pasukan perubatan PBSM, Dr. Yahaya Abu Ahmad berkata, kekerapan hujan sejak beberapa hari lalu mungkin mengakibatkan kesihatan dua tebusan Malaysia yang menghidap asma semakin buruk.

Katanya, bekalan ubat yang dibawa kepada tebusan Malaysia pada 10 Jun lalu hanya boleh menampung kegunaan selama dua minggu saja.

''Dengan keadaan hujan sekarang, ada kemungkinan ubat untuk mereka habis dan beberapa penyakit seperti sakit perut, sengal-sengal badan, batuk dan demam menyerang tebusan yang hanya tinggal dalam khemah,'' katanya kepada Utusan di sini, hari ini.

Dr. Yahaya berkata, pihaknya bersiap-sedia membuat pemeriksaan dan memberi rawatan kepada kesemua tebusan yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf sejak 58 hari lalu.

Katanya, kali terakhir tebusan Malaysia mendapat rawatan perubatan ialah 10 Jun lalu manakala tebusan Eropah pula ialah 2 Jun lalu.

Ditanya kemungkinan doktor dari Jerman, Perancis dan England akan turut serta dengan kumpulan PBSM menemui tebusan sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Filipina, Dr. Yahaya berkata, jika berita itu benar kedatangan mereka adalah dialu-alukan.

''Dengan kedatangan lebih ramai doktor, kita dapat memberi perhatian yang lebih kepada tebusan,'' jelasnya.

Sementara itu, khabar angin mengatakan kumpulan Abu Sayyaf menyatukan semula semua tebusan di kawasan hutan di Bandang, sejak dua hari lalu.

Sementara itu, Ketua Pembantu Presiden Joseph Estrada, Ronaldo Zamora mengesahkan tuntutan US$21 juta oleh kumpulan itu untuk membebaskan semua tebusan tetapi Jurucakap Presiden, Ricardo Puno menafikan terdapat tuntutan sedemikian oleh kumpulan penculik.

''Tiada sebarang tuntutan mengenai wang tebusan oleh mana-mana pihak dari kumpulan Abu Sayyaf dan tiada tuntutan rasmi mengenainya,'' kata Puno dalam temu ramah berasingan dengan akhbar tempatan.

Zamora juga berkata, kerajaan Filipina berharap dapat menyambung rundingan dengan kumpulan itu minggu depan selepas menangguhkan rundingan Isnin lalu ekoran tuntutan yang tidak munasabah oleh kumpulan terbabit.

''Kami berharap segalanya dapat dipercepatkan walaupun sejak awal lagi telah memaklumkan kepada semua negara terlibat yang kita menjangka krisis itu akan mengambil masa tiga ke enam bulan untuk diselesaikan,'' jelasnya.

Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN

t_continue1.gif (2037 bytes)