Make your own free website on Tripod.com



bulansab.gif (1065 bytes)

MAKLUMAT UMUM

Organisasi
Perlembagaan
Peraturan Umum
Cara Pakaian
Rancangan 2000
Pelaksanaan 2000
Rancangan 2001
Mesyuarat Agung
Senarai semak
Senarai Ahli
Jaringan PBSMM

LAPORAN AKTIVITI

Kem Belia 2000
Kem Tekala
Kem Congkak
Pertandingan PC
Mesyuarat Induk
Kem Tekali
Kursus PC
Kursus Kepimpinan
Jambori PBSMM

KURSUS

Kursus PC

NOTA

Pendidikan
Bencana Alam
Pertolongan Cemas
Kejururawatan
Kemasyarakatan
Derma Darah
Wabak Penyakit

LINK

Malaysia
Hulu Langat
SAM 10
Jamuan Petaling
Sarul Nizam ?
Pergi Jepun
Rentas Hutan 2000


PBSMM SMK Engku Husaingambar.gif (2183 bytes)



1 2 3 4 5

Tebusan Malaysia hiba

12 June 2000

JOLO, Ahad – “Ramai yang menangis dan rasa hiba kerana masih ada orang yang turut bersimpati dengan nasib yang mereka alami,” kata Dr Yahya Ahmad yang mengetuai misi kedua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bagi merawat tebusan Malaysia di kem persembunyian penculik di hutan Talipao dekat sini, semalam.

Dr Yahya berkata, walaupun semua tebusan Malaysia yang diculik sejak lebih 50 hari lalu, sihat tetapi mental mereka terganggu kerana terlalu lama ditahan.

Beliau berkata, tebusan Malaysia dirawat di dewan yang disediakan khas di tengah kem kumpulan penculik itu.

“Misi perubatan kita ke tempat persembunyian kumpulan itu untuk merawat tebusan Malaysia berjaya, tetapi kita gagal merawat tebusan warga asing yang dilaporkan sakit kerana mereka dipindahkan ke tempat lain secara tiba-tiba pagi semalam,” katanya.

Turut bersama dalam misi kedua perubatan PBSM yang tiba di Jolo dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan, Jumaat lalu, ialah Dr Zubaidi Ahmad, pembantu perubatan, Yahya Jaafar dan Mohd Nordin Bakar yang diiringi pasukan perubatan dari Hospital Jolo yang diketuai Dr Nelsa Amin.

Misi perubatan pertama PBSM sebelum ini melawat kem persembunyian penculik pada 18 Mei lalu selepas berada lebih seminggu di Jolo.

Pasukan perubatan Jerman sebelum itu dilaporkan akan turut menyertai misi kedua pasukan perubatan Malaysia dan Filipina ke kem persembunyian tebusan, tetapi terpaksa membatalkannya kerana tebusan warga asing sudah dipindahkan.

Kumpulan penculik tidak membenarkan doktor berkenaan ke lokasi baru kerana ada desas-desus mengatakan pasukan tentera asing akan melancarkan operasi menyelamat tebusan warga Barat.

Sembilan tebusan Malaysia, iaitu Fong Yin Ken, Zulkarnain Hashim, Kua Yu Loong, Vincent Kong, Lee Hok Liong, Francis Masangkim, Basilius Jim, Baln Krishnan Nair dan Abdul Jawan Selawat, kini ditempatkan bersama seorang tebusan warga Filipina, Roland Ullah manakala warga asing lain dipindahkan ke kawasan yang tidak diketahui.

Semua sembilan rakyat Malaysia itu serta 12 warga asing diculik dari Pulau Sipadan, Sabah pada 23 April lalu.

Wartawan dan jurufoto Berita Harian bersama empat ahli PBSM yang diketuai Dr Yahya, dibenarkan menemui dan merawat tebusan Malaysia di kem persembunyian di hutan Talipao pada jam 12 tengah hari, semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati tebusan Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan, walaupun terpaksa berhadapan dengan bahaya terutama letupan senjata api pada waktu malam dan keadaan itu menyukarkan mereka untuk tidur.

Tebusan sudah melewati tahap tekanan dan selepas ditahan sekian lama, mental mereka terganggu yang diistilahkan sebagai kemurungan, walaupun mereka senyum tetapi mereka rasa kecewa dan sedih kerana sudah lebih 50 hari menjadi tebusan. Sebab itu, apabila wartawan dan pasukan perubatan Malaysia tiba semalam, mereka cuba meluahkan rasa tertekan dengan menangis dan sebak sehingga apa yang ingin diucapkan tidak terkeluar kerana terlalu sedih.

Dr Yahya berkata, misi kemanusiaan PBSM akan diteruskan bagi memastikan semua tahanan dapat dirawat dengan selesa dan memperolehi ubat yang mencukupi untuk merawat penyakit mereka.

“Ubat yang diberi mencukupi untuk bekalan selama lima hari. Francis Masangkim yang sebelum ini dilaporkan mengalami asma sudah pulih kerana mendapat bekalan ubat daripada Dr Nelsa yang merawat mereka.

“Zulkarnain yang digigit kala jengking turut sembuh manakala tebusan lain tidak menghadapi apa-apa penyakit sehingga kini,” katanya.

Selain ubat, PBSM turut menyampaikan barangan keperluan yang dikirim keluarga mangsa dan jabatan kerajaan. Mereka turut merawat anggota tentera kumpulan berkenaan yang menghidap penyakit. PBSM juga memberikan tasbih dan surah Yasin kepada kumpulan Abu Sayyaf.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Manila, Badruddin Abdul Rahman berkata, pegawai perubatan PBSM akan berada di Jolo selama dua minggu.

“Mereka akan merawat tebusan setiap empat hari sekali bergantung kepada keperluan tebusan, selebihnya mereka akan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan di Hospital Jolo membantu doktor tempatan merawat pesakit,” katanya

t_continue1.gif (2037 bytes)