Make your own free website on Tripod.com
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SMK ENGKU HUSAIN, 43500 SEMENYIH

BERITA TERKINI
PENAUNG :
Pn Asnah Harun
GURU PENASIHAT
En Abd Malek
Pn Noraini Talib
En Ezaq Johan
JURULATIH KANAN & Pegawai Pembantu :

En Abd Malek
En Sarul Nizam
En Shahrizal
En Mohd Khairi
En Hanizam

PENGERUSI :
Sdr Fairul Hizwan

NAIB PENGERUSI
Sdr Intan Diana

SETIAUSAHA :

Sdr Alfiz Mohd

PEN SETIAUSAHA
Sdr Juli Robani

BENDAHARI :
Sdr Khathuri

PEN BENDAHARI

JAWATANKUASA

TERIMA KASIH :

1. PBSMM SMKEH mengucapkan terima kasih kepada pengetua Pn Asnah Harun kerana telah memberikan peruntukan kewangan memasang grill Bilik Gerakan PBSMM. Dengan ini keselamatan bilik ini telah terjamin.

2.PBSMM SMKEH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pihak-pihak yang terlibat menjayakan Kem Kepimpinan di Sg Congkak pada 21023 Ogos 1998

3.PBSMM SMKEH juga merakamkan terima kasih kepada bekas ahli PBSMM sekolah ini iaitu En Sarul Nizam, En Shahrizal, En Khairi dan En Hanizam kerana membantu adik- adik mengendalikan persatuan. Tunjuk ajar dan pengalaman sangat diperlukan.

PBSMM sekolah ini telah ditubuhkan sejak sekolah ini ditubuhkan iaitu pada tahun 1975. Persatuan lain yang hampir sama fungsi iaitu St John tidak ditubuhkan di sekolah ini kerana penduduk negara ini yang majoritinya Islam lebih menerima kewujudan dan toleransi yang diberikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah . Sesungguhnya Palang / Bulan Sabit Merah adalah pertubuhan bertaraf dunia dan PBSMM SMKEH menjadi satu unit dari network pertubuhan ini. Ia mendapat pengiktirafan hampir 156 negara,dipercayai dan direstui ketika perang apatah lagi ketika aman.

Kasthuri, Letchumi , Intan dan Siti Zaleha sedang mengikuti kursus pertolongan cemas Dr Norizan dari PK Semenyih dan pembantunya sedang menjalankan pemeriksaan gigi di Bilik Rawatan PBSMM SMKEH.

PBSMM SMKEH mendapat sokongan dan dokongan penuh dari pihak pentadbiran sekolah dan pihak kerajaan secara keseluruhannya. Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat yang kini diterajui Engku Tik Kamariah Engku Malek memberikan sokongan yang tidak bebelah bagi. Bilik Gerakan PBSMM menjadi Bilik Rawatan bagi doktor gigi dan doktor kesihatan memeriksa kesihatan para pelajar. Secara tidak lansung ahli-ahli PBSMM mendapat pendedahan tentang rawatsan yang sebenar. Doktor dan jururawat datang dari Pusat Kesihatan Semenyih yang terletak berhampiran dengan sekolah ini.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Daerah Hulu Langat sentiasa memberikan kerjasama sukarela tanpa batasan waktu dan tenaga. Tenaga sukarela mereka sentiasa dihulurkan. Mintalah apa sahaja....jika ada pasti dihulurkan. Kini PBSMM Hulu Langat dipimpin oleh TH Sharif bin Sarim selaku pengerusi. En Subramaniam selaku Setiusaha Agung, En RS Moganan sebagai Pegawai Penjaga Belia dan En Karuna sebagai Pegawai Latihan Tenaga Manusia.

PBSMM SMKEH ditubuhkan dengan tujuan:

  • Memberi latihan pertolongan cemas
  • Latihan kepimpinan
  • Kaedah menyelamatkan nyawa
  • Membentuk disiplin dan akhlak mulia.

Pelbagai aktiviti dijalankan mencapai tujuan di atas .. Antaranya ialah :

  • Latihan Pertolongan Cemas dan Pendidikan Bulan Sabit Merah .
  • Latihan kawad setiap minggu selama 1 jam . Kawad dikendalikan oleh Fairul Hizwan dan Alfiz Mohamad.
  • Sukaneka sesama ahli dan persatuan lain
  • Hari Suaikenal diadakan di padang SMKEH . Pelbagai acara telah diadakan. Semua aktiviti dikendalikan oleh AHK sendiri tanpa seliaan dan pengawasan dari guru penasihat. Antara aktivitinya ialah 'meredah hutan' di padang. Semua peserta dikehendali menutup mata dan mendaki gunung 'meja', merentasi sungai 'tong air' , melompat tebing 'kerusi' dan lain-lain.
  • Mencari harta karun telah dikendalikan oleh Pengerusi PBSMM SMKEH Fairuz Nizam bersama dengan ajknya. Semua klue disedikan oleh Fairuz. Ideanya sungguh bernas dan boleh diteruskan pada tahun akan datang. Beberapa bulan kemudian Fauruz bertukar ke SM Sains Selangor di Bandar Tun Razak. Dia mendapat 7 A dalam peperiksaan PMR 1997. Namun hampir setiap minggu dia akan datang ke sekolah ini kerana kecintaannya kepada PBSMM dan sekolah ini.
  • Khidmat PBSMM diperlukan oleh SRJK(C) Kg Baru ketika sukan tahunan di sekolah mereka. Seramai 10 orang ahli telah bertugas pada hari sukan tersebut iaitu pada ........... 1998.
  • Khidmat Masyarakat telah dijalankan. 25 orang ahli PBSMM sekolah ini telah dilantik bertugas semasa Jogathon SRA Pekan Semenyih. Sekolah itu telah mengadakannya pada Julai 1998. Setiap ahli PBSMM yang hadir telah diberi sehelai baju T. Difahamkan Joganthon tersebut berjaya mengutip RM15,000. Sekolah kita bila lagi.......
  • Kem Kepimpinan PBSMM di Sg Congkak pada 21-23 Ogos 1998. Seramai 100 ahli bersama 25 orang guru telah menjayakan program ini. YB Badrul Hisham Ahli Parlimen Hulu Langat telah menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan. Pandu Puteri, Pengakap, Puterti Islam dan Persatuan Silat turut serta dalam perkhemahan ini.
  • Perkhemahan Komanwel di Hutan Rekreasi Hulu Bendul, Kuala Pilah Negeri Sembilan telah diadakan pada bulan September 1998. 8 orang pelajar sekolah ini turut hadir iaitu Fairul Hizwan Mohd Din, Alfiz Mohamad, Siti Zaleha, Kasthuri , Siti Faladila, Mohd Rashidi dan Intan Diana binti Razif.
  • KurPen ( Kursus Pendidikan Bulan Sabit Merah ) pada 7 Nov 1998 di Bilik Tayangan, SMKEH
Beberapa ahli PBSMM sedang mendengar penerangan dari pegawai tentera tentang cara memasak ala tentera di hutan. Beberapa ahli PBSMM sedang mencuba khemah yang disediakan oleh askar. Mereka sungguh terhutang budi kepada askar-askar itu
MAKLUMAT AM:-
  • Bekas Guru Penasihat PBSMM sekolah ini antaranya En Talib Md Seh, En Tan Seng Seng dan En Yong Ei Choon, Pn Nurhaj Hawiah dan Pn Rajeswari. Sekarang dikendalikan oleh En Abd Malek Abd Hanif.
  • Bilik Gerakan sekolah ini diperolehi pada tahun 1989 ketika Datin Siti Zaharah menjadi pengetua sekolah ini. Bilik ini bertempat di Blok B, iaitu bekas surau SMKEH.Surau mendapat bangunan baru. Kemudian Blik PBSMM dipindah ke Blok C iaitu bilik yang dulunya digunakan sebagai Bilik Pengawas. Pengawas dipindahkan ke Blok C yang lebih besar.
  • Homepage SMK Engku Husain bermula pada bulan Ogos 1998 dikendalikan oleh Cikgu Abdul Malek. Homepage ini telah dirasmikan oleh YB Chong Tow Choong , ADUN Kawasan Kajang pada 29 Ogos 1998 ketika Majlis Kecermerlangan Pelajar 1998. Alamatnya ialah http://members.tripod.com/~smeh
  • Homepage PBSMM SMK Engku Husain pula terletak di http://members.tripod.com/~smeh/hpbsm.htm
  • Homepage Perkhemahan Kepimpinan PBSMM terletak di http://members.tripod.com/~smeh/jkinduk.htm
   
SUDAH BERDAFTAR DENGAN PBSMM BELUM BERDAFTAR DENGAN PBSMM
  1. SL(Y) 137 SMK Engku Husain
  2. SL(Y) 55 SMK SAAS Kajang
  3. SL(Y) 143 SMK BB Bangi
  4. SL(Y) 109 SMA Maahad Hamidiah
  5. SL(Y) 183 SMA Persekutuan Kajang
  6. SL(Y) 146 SMK Khir Johari
  7. SL(Y) 191 SMA Batu 10 Cheras
  8. SL(Y) 106 SMK Abdul Jalil
  9. SL(Y) 176 SM Taman Tasik Tambahan
  1. SM Jalan 3, BB Bangi
  2. SM Jalan Reko, Kajang
  3. SM Teknik, Kajang
  4. SM Taman Seraya, Ampang
  5. SM Taman Pandan Indah, Ampang
  6. SM Pandan Jaya, Ampang
  7. SM Taman Kosas, Ampang

* Sekolah yang berdaftar, sila berhubung dengan PBSMM H. Langat
** Sediakan/ kemukakan laporan tahunan, laporan kewangan
*** SM Yu Hua dan SM Tinggi Kajang menubuhkan St John Ambulance