AKTIVITI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH CABANG HULU LANGAT

1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000
TAHUKAH ANDA

1.Ramai pelajar dari Hulu Langat telah terpilih mengikuti program pertukaran pelajar. Antaranya ialah Sarul Nizam Raziff dari SMK Engku Husain pada tahun 1994. Beliau telah berpeluang ke Tokyo dan Kyoto.

2. Masih banyak sekolah di daerah Hulu Langat belum berdaftar dengan PBSMM Kebangsaan. Proses pendaftaran sangat mudah. Daftarlah segera atau hubungi En subramaniam.

3.Setiausaha Kehormat PBSMM Cabang Hulu Langat , En Subra melanjutkan pelajaran di UPM mulai 1998.

4.Ramai bekas pelajar sekolah kita ingin aktif dalam PBSMM selepas mereka bersekolah tapi mereka tidak dapat maklumat. Dapatlah kiranya guru-guru memberi maklumat ini . Tenaga mereka sangat diperlukan.

  1. Program Latihan bagi Pegawai Kadet bagi melatih pegawai pelapes . Pelantikan bagi sesi 1998-1999 akan dibuat pada bulan November 1998. Kebanyakan pegawai kadet terdiri dari kalangan pelajar ( Ketua Unit dan Pemimpin Unit Belia ) .
  2. Kursus Orientasi yang dihadiri oleh guru-guru pebasihat diadakan pada bulan April 1998. Kursus ini diadakan dengan bantuan Pegawai Pendidikan Daerah dan Pasukan Bantuan Sukarela PBSMM, PORIM di Dewan Syarahan PORIM Bandar Baru Bangi.
  3. Seorang Pegawai Cabang dilantik sebagai penasihat bagi setiap Unit Belia untuk membantu . Sistem ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah seperti di SMK Engku Husain.
  4. Pendaftaran ahli Unit Belia yang lebih kemaskini . Semua Unit Belia hendaklah ambil berat dan memberi kerjasama penuh.
  5. Aktiviti tugas dijalankan oleh PBSMM semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 1998 di Stadium Kajang, Sukan SUKMA 1998 dan SUKOM 1998. Sebahagian dari peserta PBSMM adalah kalangan pelajar sekolah.
  6. Program Pertukaran Pelajar . Sdr Tan Hang Loong iaitu Ketua Unit Belia PBSMM SMK Taman Tasik Tambahan, ampang dipilih mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Pertukaran belia ditanggung oleh pihak penganjur.
  7. Perkhemahan PBSMM Antarabangsa sempena Sukan Komanwel telah diadakan di Hutan Rekreasi Ulu Bendol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada bulan September 1998. Lapan ahli Unit Belia PBSM Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain telah dipilih bagi mewakili Negeri Selangor.
  8. Perayaan Ulangtahun ke 50 tahun PBSMM telah fdiadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Seramai 20 orang ahli PBSMM dari SMK Taman Kosas Ampang telah mengambil bahagian dalam perbarisan . Perasmian dilakukan oleh DYMM Seri Paduyka Yang DiPertuan Agong.
  9. PRESS atau Program Remaja Sihat dan Sejahtera anjuran PBSMM , KKM dan Majlis AIDS Malaysia sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah dengan bantuan Fasilitator PBSMM Cabang.
  10. Kutipan Derma Hari Bendera PBSMM 1998 telah diadakan dari 1 hingga 30 September 1998. Sekolah yang terlibat ialah. SMK Engku Husain, SMK Khir Johari, SMK Jalan Reko, SMK SAAS, SMK Abdul Jalil, SMK Cheras Perdana, SMK Taman Tasik Tambahan dan SM Seri Murni dan SR Seri Murni. Derma terkumpul setakat ini ialah RM2, 848.19.
  11. Perkhemahan Kepimpinan PBSMM SMK Engku Husain telah diadakan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak pada 21- 23 Ogos 1998. Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Tuan Haji Badrul Hisham Abdul Aziz.
  12. PBSMM .SMK Taman Tasik Ampang telah mengadakan perkhemahan.
  13. PBSMM SMK Abdul Jalil juga telah mengadakan perkhemahan.