Bantuan Semasa Bencana Banjir
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia memberikan bantuan di mana sahaja tanpoa mengira aspek bangsa ,keturunan, ideologi, warna kulit dan sebagainya. Sememangnya PBSMM adalah sebuah badan kerajaan yang diperbadankan melalui Akta 1962. Oleh itu PBSMM bukanlah sebuah badan NGO dalam pengertian masa kini. Seberapa boleh, PBSMM akan bekerjasama dengan pihak kerajaan.

Sewaktu banjir khidmat PBSMM amat diperlukan. Pihak PBSMM mempunyai bot dan enjin bagi membantu mangsa banjir. PBSMM juga ada pegawai-pegawai yang sanggup memberi khidmat sukarela bagi menyelamatkan mereka dari mati lemas. PBSMM sanggup menguruskan pusat pemindahan. Dalam soal ini, soal memasak dan penyediaan tempat sementara, menjadi tugas PBSMM.

Dalam hal ini, tentulah bantuan dari pihak kerajaan dan swasta amat diperlukan.

Di bawah adalah gambar hiasan - contoh banjir di negara China dan Indonesia pada awal tahun 1998. Jika anda ada gambar tentang banjir di Malaysia , sila email webmaster.

 

Mangsa banjir dipindahkan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah bot empat segi.

 

 

 

Sumbangan yang diberikan oleh orang ramai, disalurkan semula kepada mangsa banjir. PBSMM menjadi penyelaras pengagihan bantuan banjir. Kerjasama dari pihak kerajaan sangat perlu. Kerajaan menggembelingkan ushama orang awam agar sedia membantu mangsa bencana alam.

 

 

 

 

 

Menjadi tugas ahli Palang Merah / Bulan Sabit Merah membantu menenangkan jiwa-jiwa yang kehilangan rumah dan harta benda. Malah nyawa turut melayang.

 

 

 

 

 

Ketika bencana alam sebegini, ada yang mengambil kesempatan untuk diri sendiri. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab PBSMM memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada sasaran.