KUTIPAN DERMA

Bulan Sabit Merah adalah persatuan dari masyarakat untuk masyarakat. PBSMM menjadi mekanisme membantu masyarakat ketika kesusahan . Justeru itu bantuan derma dari seluruh penduduk Malaysia sangat diharapkan.

Pada tahun 1998 ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia genap usianya 50 tahun. Ini bermakna ia ditubuhkan pada tahun 1948 iaitu di Sabah oleh Pasukan Tentera British yang menawan semula Sabah dari penjajahan Jepun.

Sejajar dengan itu, PBSMM telah melancarkan kutipan derma di seluruh negara. Tambahan pula di zaman kegawatan ini, peruntukan semakin kurang dan diharapkan seluruh masyarakat menghulurkan bantuan. Moto kempen ini ialah " Bantulah kami untuk membantu anda". moto ini dirasakan sangat sesuai dengan matlamat dan fungsinya.

Ahli Bulan Sabit Merah bergerak di pelbagai tempat yang difikirkan dapat mengutip derma. Jualan sticker kereta dijual di kilang-kilang, jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah. Setakat ini sambutannya sangat menggalakkan.