KONVENSYEN GENEVA

Konvensyen Geneva ke 1

Konvensyen Geneva Ke 2

Konvensyen / Persidangan Geneva 1 dimulakan pada 8 Ogos 1863 dan pada 23 Ogos 1964. 12 negara menandatangani perjanjian ini.

Semua negara setuju melindungi askar-askar yang cedera atau sakit, pegawai-pegawai perubatan, guru-guru ugama dan tentera di medan perang.

Ditandatangi pada 1899.

Semua negara yang turut serta bersetuju melindungi orang-orang yang cedera, sakit dan karam serta kaki tangan perubatan di laut.

Konvensyen Geneva ke 3

Konvensyen Geneva ke 4

Negara yang hadir setuju melindungi tawanan perang. Ditandatangi pada 1929. Perjanjian akan melindungi orang awam dalam kawasan tawanan atau dimiliki oleh tentera.

166 negara di dunia telah mengesahkan perjanjian Konvensyen Geneva 1949.

Protokol 1

Protokol 2

Protokol 1 telah ditandatangani pada 8 Jun 1977. Sebanyak 96 negara telah mengesahkan Protokol 1.

Tujuannya melindungi mangsa-mangsa pepeperangan bersenjata antarabangsa

Protokol ini mengambil perhatian serius terhadap :

  1. Karpet bom bandar-bandar dan kampung seperti di Hiroshima dan Nagasaki.
  2. Memusnahkan kawasan pertanian
Protokol 2 ini disahkan oleh 86 negara pada April 1990. Konflik perang saudara di Iran, Nicaragua amat dititikberatkan.

Melindungi mangsa-mangsa peperangan bersenjata bukan antarabangsa.

Protokol ini menyediakan peraturan ketika :

  1. Penyiksaan dilarang
  2. Tawanan-tawanan politik harus dilayan dengan peri kemanusiaan dan diberi layanan yang adil.
  3. Kaki tangan perubatan yang menggunakan lambang palang / bulan sabit merah harus dilindungi.

.

ISU KONTROVERSI :

Terdapat beberapa kontroversi di dalam Konvensyen Geneva dan Protokol .
  1. Negara yang belum mengesahkan Konvensyen Geneva ialah : Bhutan, Myanmar, Brunei, Maldives, Nauru
  2. Negara manakah yang akan menguatkuasakan Konvensyen Geneva. Hukum Rimba masih digunakan - negara super power masih menggunakan kekuatan terhadap negara kecil.
  3. Majlis Keselamatan PBB sering dipengaruhi oleh Amerika Syarikat. 5 kuasa besar mempunyai kuasa veto untuk membatalkan sesuatu tindakan PBB.
  4. Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Apakah tindakan kepada negara tersebut. Berapa orang yang dibunuh oleh Jepun dan berapa orang yang dibunuh oleh Amerika.
  5. Hitler telah dipersalahkan dalam pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi di German. Tetapi bagaimana pula dengan penghapusan etnik Bosnia oleh kaum Serbia di Bosnia-Herzegovia.
  6. Tragedi Timor Timur
  7. Serangan Amerika terhadap kilang ubat di Sudan dan Afghanistan. Apakah tindakan ini telah dipersetujui terlebih dahulu oleh PBB.
Malaysia turut menandatangani Konvensyen Geneva pada 24 Ogos 1962 dan merupakan negara ke 89 mengesahkannya.

Semua negara telah setuju :

a.menjaga mereka yang cedera, sama ada kawan atau musuh.

b.Melindungi orang awam , menghormati maruah mereka, hak keluarga dan hak agama mereka.

c.Mengharamkan penyiksaan, kekejamam, pembunuhan, pengambilan tawanan sebagai tebusan, membnuang negeri serta memusnahkan harta-benda orang awam

d.Membenarkan wakil-wakil dari JAPM melawat tawanan perang dan berbincang dengan mereka tanpa saksi.