KEM PC

KEM PC atau Perkhemahan Pertolongan Cemas ini telah diadakan di Sekolah Menengah Engku Husain pada tahun 1995. Tujuannya memberikan latihan pertolongan cemas, survival hidup dan belajar berinteraksi dengan rakan sebaya.

Mereka mengikuti progam ini dengan penuh semangat . Darinya ditimba pelbagai pengalaman, yang sukar dikutip dari mana-mana tempat.

Sebenarnya ahli PBSMM sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan. Kita menghadapi masalah mendapatkan khemah pada tarikh yang dikehendaki. Terdapat pelbagai prosedur yang menghalang kita mengadakan perkhemahan yang kerap. Oleh itu, perkhemahan hanya diadakan setahun sekali sahaja. Setakat ini PBSMM Cabang Hulu Langat tidak mempunyai khemah.

Di ruangan ini, PBSMM Cabang Hulu Langat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang sudi meminjamkan khemah. Antaranya ialah :

  1. Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
  2. Pejabat Belia Daerah Hulu Langat
  3. Pasukan Gerakan Am , Cheras

 

Untuk aktiviti memasak di hutan, PBSMM Cabang Hulu Langat mempunyai satu set 'dapur kukus Clinton' yang boleh memasak nasi untuk 50 orang dalam tempoh 45 minit.