LATIHAN KAWAD

Kawad merupakan teras kepada disiplin. Itulah sebabnya tentera, polis , bomba dan lain-lain mesti menekankan latihan kawad. Latihan kawad akan membentuk semangat kerjasama yang cukup tinggi. Sebarang kesalahan akan mencacatkan pergerakan kawad. Oleh itu setiap ahli akan memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan sesuatu kawad.

 

 

 

Bukan semua boleh memberikan arahan kawad. Setiap arahan / command memerlukan latihan jitu dan berulang-ulang kali, barulah mencapai tahap kesempurnaan. Selain itu kasut ahli juga dititik beratkan kerana ia boleh menjejaskan corak kawad.

Dalam PBSMM, sejak dahulu lagi kawad ditekankan. Apatah lagi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berasal dari pasukan tentera British. sudah tentu amalan tentera itu diwariskan dari generasi ke generasi , lebih 50 tahun yang lalu.

Kita lihat, mengapa pakaian Bulan Sabit Merah di Malaysia berlainan dengan negara-negara lain. Sebenarnya masih tidak ada satu pakaian seragam yang standard di seluruh dunia untuk Bulan Sabit Merah / Palang.

Oleh kerana PBSMM berasal dari tentera British, jadi amalan tentera diamalkan di dalam PBSMM. Dari bentuk pakaian yang berwarna putih, sistem pangkat dan panggilan 'tuan' masih dikekalkan dalam PBSMM .

 

Di Sekolah Menengah Engku Husain misalnya, latihan kawad pernah diberikan oleh Cikgu Shaharudin yang pernah mengikuti palapes di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak itu, pemimpin-pemimpin PBSMM di sekolah tersebut , boleh berkawad dengan baik.

Di peringkat Cabang Hulu Langat , latihan kawad diberikan oleh Encik Karunakaran dan Encik RS Moganan. Pegawai pelapis yang baru ialah Encik Sarul Nizam Razif.