Make your own free website on Tripod.com

LATIHAN CATUAN MAKANAN

Biasanya ahli-ahli PBSMM menyediakan makanan untuk anggota keluarga. Itupun bagi mereka yang telah diasuh membantu ibu bapa memasak di dapur. Masih ramai para pelajar yang tidak biasa dengan situasi menyediakan masakan. Ibu akan bertungkus-lumus menyediakan makanan di dapur . Sementara ayah dan anak-anak lelaki menunggu hidangan disediakan.

Di sinilah peranan yang dimainkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Mereka didedahkan cara hidup berdikari. Kita akan dapat mengesan ahli PBSMM yang biasa membantu keluarga memasak di rumah dan mereka yang hanya goyang kaki. Mereka yang kekok-kekok ini akan dibantu supaya mereka tidak malu.

Pembahagian tugas diberikan. Arahan-arahan yang lebih detail akan membantu ahli-ahli PBSMM peringkat sekolah ini membuat kerja tanpa perlu pengawasan. Pada akhirnya mereka akan berterima kasih dengan pengalaman yang ditimba dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

D sini juga mereka dilatih untuk menghormati orang lain. Kehidupan berbaris dalam semua perkara , baik ketika mengambil makanan atau ketika menaiki bas.

Inilah juga corak catuan makanan di pusat bencana alam. Jika berlaku banjir, kebakaran, ribut, taufan, tanah runtuh dan sebagainya- catuan akan dilaksanakan. Suasana 'dharurat' ini mengajar mereka bersyukur kepada Allah betapa mereka masih boleh makan, sedangkan pada masa yang sama ada yang terpaksa makan ubi rebus sahaja.

Sesuailah dengan prinsip Bulan Sabit Merah iaitu bekerjasama dalam semua perkara. Sentiasa perikemanusian kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, keturunan, darjah, darah dan warna kulit. Tidakkah itu satu nilai universal yang telah berjaya dipupuk melalui Bulan Sabit Merah.