PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Aktiviti ko kurikulum memberi peluang kepada para pelajar mempersembahkan bakat yang terpendam. Selama ini mereka belajar di dalam kelas dan mungkin terkongkong / terhad untuk 'memperagakan' bakat, kini tiba masanya mereka meluahkan apa yang berbuku di hati melalui persembahan kebudayaan.

 

 

 

Ramai guru-guru dan ibu bapa tidak menyangka murid atau anak-anak mereka mempunyai bakat terpendam yang cukup luar biasa. Rupa-rupanya , anak mereka yang kelihatan pendiam dikagumi di sekolah kerana bakatnya. Sayangnya bakat terpendam ini tidak dibaja dan dipupuk sebaik-baiknya.

 

Dalam aktiviti kebudayaan, mereka tidak lagi silu bercampur-gaul dengan pelbagai kaum . Di sinilah peranan Bulan Sabit Merah menyemaikan rasa bersatu , kerjasama dan berperikemanusiaan di antara satu dengan yang lain. Mereka akan mengetahui dan mengamalkan adap sopan timur .

Aktiviti sebegini juga menarik mereka lebih aktif dalam persatuan dan menjauhi mereka dalam aktiviti tidak bermoral seperti maksiat dan penagihan dadah.