Make your own free website on Tripod.com

SISTEM PEGAWAI KADET

Bagi melicinkan perjalanan persatuan, sistem pegawai kadet Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diperkenalkan. Pegawai-pegawai kadet yang dilatih dan dilantik , biasanya daripada bekas pelajar sesebuah sekolah. Mereka pernah dihantar ke luar negara seperti ke Jepun, Korea, Indonesia, Sarawak dan sebagainya . Pengalaman mereka yang cukup luas membolehkan mereka menyalurkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sukarela. Dengan ini juga, sesebuah sekolah dapat manfaaat dari sistem ini. Sistem ini juga dapat membantu guru-guru penasihat menggerakkan persatuan di sekolah menengah dan sekolah rendah.
Antara mereka yang kembali ke sekolah masing-masing ialah Encik RS Moganan yang kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Encik Sarul Nizam , Encik Shahrizal Mohd Shah dan Encik Hanizam yang kembali ke Sekolah Menengah Engku Husain . Encik Mohamad Khairi yang kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang. Cik Ellis yang kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah , Kajang.

Sebenarnya masih ramai lagi menyimpan kuku dan kesuntukan masa. Namun mereka terus memberikan komitmen di pelbagai tempat, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diterima.

Tidaklah keterlaluan, jika mereka diminta membantu bekas sekolah masing-masing. Rasa kecintaan kepada sekolah yang telah banyak memberikan jasa inilah , maka Sarul Nizam Razif, Shahrizal Mohamad Shah dan Hanizam membantu menggerakkan Persatuan Bulan Sabit Merah di Sekolah Menengah Engku Husain , Semenyih.

 

 

Kehadiran pegawai-pegawai kadet ini banyak membantu PBSMM SMK Engku Husain, SMK BBB dan SAAS dan PBSMM Cabang Hulu Langat.