HURAIAN PRINSIP BULAN SABIT MERAH
Prinsip Palang / Bulan Sabit Merah ini telah diterima pada tahun 1965. Kemudian telah diperbaiki pada tahun 1986.

 
FIKIRKAN
1.Ada dua orang sakit , seorang dari dari kaum anda dan seorang dari kaum lain, siapa yang anda dahulukan jika mengikut prinsip ini.
2. Seorang tua yang kelaparan akibat kemarau panjang enggan menerima makanan yang anda bantu kerana tidak sesuai dengannya. Anda keletihan dia pula kelaparan ?. Apa yang perlu anda lakukan.
3.Anda mengetahui perempuan yang menjadi mangsa bangunan runtuh adalah seorang pelacur. Apakah sikap anda.
4.Anda ditugaskan berkhidmat semasa perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Rusia. Ternyata negara lawan mengamalkan perlawanan ang agresif. Seorang daripada pemain lawan cedera. apakah sikap anda.
5.Anda selalu membantu seorang nenek tua yang menderita sakit dan miskin. Satu hari beliau memberi anda wang RM 100.00
6.Anda selalu mengutp untuk mangsa bencana alam. Satu ketika berlaku bencana alam di sebuah negara yang tidak sehaluan prinsip politik anda. Contohnya kebuluran di negara Korea Utara. apakah pendirian anda.
7.Anda sebagai ahli PBSMM perlukan ubat dan peralatan bagi membantu mangsa bencana alam. Sedangkan perkhidmatan anda adalah percuma. apakah pendirian yang sepatutnya.
8.Apakah yang dimaksudkan dengan auxilliarity
9.Apakah yang dimaksudkan dengan solidarity.
10. Apakah yang dimaksudkan dengan hak yang sama untuk persatuan-persatuan kebangsaan.
11. Palang / Bulan Sabit Merah ada hak autonomi dalam menjalankan tugasnya. Terangkan maksud perkataan autonomi.
PERIKEMANUSIAAN
  1. Mengurangkan penderitaan manusia
  2. Memelihara nyawa
  3. Menjaga kesihatan
  4. Menjamin kehormatan

SAKSAMA

Membantu sesiapa sahaja tanpa mengira :

  1. Bangsa
  2. Keturunan
  3. Kepercayaan agama
  4. Darjat bangsa
  5. Pendapat-pendapat politik

BERKECUALI

  1. Tidak mencampuri di dalam sebarang pertikaian politik
  2. Tidak menyelahi mana-mana pihak.

KEBEBASAN

  1. Bebas bergerak bagi pihak orang awam
  2. Namun masih perlu memenuhi autonomi dalam semua kegiatan

BERSATU

  1. Mengamalkan sikap bersatu dalam persatuan
  2. Hanya ada satu persatuan palang / bulan sabit merah di dalam sesebuah negara
  3. Menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di seluruh negara secara bersama, tidak ada pertelagahan.

SEDUNIA

  1. Palang Merah adalah satu badan bertaraf antarabangsa.
  2. Setiap negara anggota mempunyai status dan kewajipab yang sama

SUKARELA

  1. Palang/ Bulan Sabit Merah adalah satu pertubuhan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang keuntungan.
  2. Ahli hendaklah emnolong mangsa dan orang ramai tanpa keuntungan dan ganjaran.
  3. Perkhidmatan percuma