KESAN PEPERANGAN SOLFERINO

SIAPAKAH ?

1.Siapakah yang PBSMM bantu ketika peperangan.
2. Siapakah orang yang terawal terpengaruh dengan idea Dunant.
3. Siapakah yang tidak hadir dalam mesyuarat yang pertama.
4. Siapakah yang telah menulis kisah benar peperangan.
5.Siapakah yang menjadi Ketua Tentera Switzerland pada tahun 1863
6.
7.
8

.

9.

.

Kesan Perang Solferino :

Peperangan Solferino tidak sedikit memakan korban. Ingatan Henry Dunant sentiasa kepada tawanan perang yang mengerang kesakitan dan enggan dibantu oleh pihak musuh. Ini membuatkan beliau menulis sebuah buku bertajuk " A Memory In Solferino" yang mendedahkan peristiwa tersebut.

Cadangan Henry Dunant.

Dalam buku tersebut, Dunant mencadangkan setiap negeri menubuhkan pasukan khas untuk meberi rawatan kepada mangsa perang dan askar tawanan.

Cadangan Dunant disambut baik :

Rupa-rupanya ramai yang terpengaruh dengan cadangan Dunant. Seorang peguam iaitu ………… menawarkan bantuan untuk menubuhkan pasukan khas. Buku dan idea Dunant dibincangkan dalam Mesyuarat Kebajikan Orang Awam Geneva.

Jawatankuasa Penilai :

Mesyuarat tersebut diadakan pada Februari 1863 telah melantik 5 orang Jawatankuasa Khas menilai kesesuaian cadangan Dunant. Mereka ialah :

1 General Henry Duffor Ketua Tentera Switzerland
2 Dr Louis Appia Pakar pembedahan
3 Dr Theodore Maunior Pakar perubatan
4 Gustave Moynier Peguam
5 Henry Dunant Peniaga

Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima dan mendapat hak tersebut sehingga sekarang. Nama jawatankuasa ini ialah Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Palang Merah . ( Permanent international Committee of The Red Cross.)

Kini jawatankuasa ini tidak lagi lima orang, tetapi dianggotai 25 orang warganegara Switzerland sebagai menghargai dan menghormati negara asal Palang Merah dan dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. ( International Committee of The Red Cross).