PENDIDIKAN BULAN SABIT MERAH
Sejarah Bulan Sabit Merah :

Bulan Sabit Merah berasal dari Palang Merah. Bulan Sabit Merah adalah pertubuhan sukarela bertaraf dunia dan sejagat. Pertubuhan ini diiktiraf ketika peperangan. Organisasi ini berasal dari negara Switzerland iaitu tempat kelahiran pengasasnya yang bernama Henry Dunant.

Tujuan asal Bulan Sabit Merah :

Asalnya ia lahir dari rasa simpati yang amat sangat seorang humanist ketika melihat mangsa tragedi perang Solferino pada tahun 1863. Beliau mencadangkan satu pertubuhan sukarela dan berkecuali membantu dan merawat mangsa peperangan . Sebelum 1863 , tidak ada pertubuhan khas untuk membantu mangsa perang. Peperangan selalunya tidak dapat dielakkan . Di saat mangsa perang menderita, patutkah kita membantu menyelamatkan nyawa mereka ?

Siapakah Henry Dunant.

Henry Dunant adalah warga negara Switzerland yang dilahirkan di Geneva iaitu sebuah bandar yang brhampiran dengan sempadan Austria. Beliau lahir pada 8 Mei 1828 . Hidup Henry Dunant patut dijadikan contoh. Dia sanggup mengorbankan harta dan kesenangan hidup demi perjuangan menyelamatkan mangsa peperangan. Beliau membantu tawanan perang dan orang-orang yang cacat.

Henry Dunant semasa kecil :

Semasa kecil beliau selalu membaca buku dan berkeinginan menulis buku besar. Setelah tamat persekolahan, beliau berkecimpung dalam bidang niaga dan menubuhkan syarikat di Austria.

Apa yang Henry Dunant buat ketika Perang Solferino :

Dalam peperangan di Solferino, tidak ada yang pedulikan tawanan perang dan mangsa perang . Ketika inilah Dunant merawat askar-askar yang cedera dan terbunuh . Beliau juga memberikan semangat kepada mereka. Dia juga telah meminta bantuan dari penduduk tempatan. Sesiapa juga kesal dengan sikap manusia yang sanggup berperang, tidak bertimbang rasa dan tidak meberikan rawatan kepada mereka yang tercedera.

PATUTKAH KITA

1.Patutkah kita bantu askar musuh yang cedera.
2.Patutkah kita memberi makan , minuman dan rawatan kepada tawanan perang .
3.Patutkah kita bantu askar yang cedera yang telah membantu sanak saudara kita.
4. Patutkah kita guna lambang palang merah di Malaysia.
5. Patutkah kita derma darah kepada mereka yang tidak seugama.
6. Patutkah kita selamatkan nyawa mereka yang tidak sebangsa, seugama dan tidak sama warna kulit dengan kita.

.