BIODATA
TUAN HAJI SHARIF BIN SARIM
PENGERUSI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CABANG HULU LANGAT.

Kp_sarif.jpg (29078 bytes)
Di sini , seluruh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia merakamkan kesedihan di atas kepulangan Tuan Haji Sharif bin Sarim ke Rahmatullah pada 8 Mac 1999 di Sabah . Jasa beliau di dalam  PBSMM tidak terkira nilainya. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi dan jasa allahyarham.

Semoga roh beliau disemadikan bersama-sama dengan orang yang soleh.

Isharif.jpg (1713 bytes)
Tuan Haji Sharif bin Sarim menjadi pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Hulu Langat sejak tahun 1995 lagi.
Sebelum itu allahyarham telah menjadi Naib Pengerusi PBSMM Hulu Langat sejak tahun 1980-an lagi.

Di dalam persatuan ini, beliau telah menyumbangkan khidmat bakti dari segi moral, material dan kewangan. Hasil hubungan beliau dengan ahli politik dan tokoh perniagaan, PBSMM telah dapat banyak faedah daripada beliau. Beliau sungguh mudah dihubungi . Bagi beliau, kewangan bukanlah segala-galanya. Dalam hidup kita, kita mestilah memberikan sumbangan dan sumbangan itu tidak ternilai harganya, jika kita ikhlas, begitulah katanya.

Dalam bidang perniagaan, beliau terlibat dalam bidang kontraktor binaan. Setakat yang diketahui, syarikat beliau iaitu Jasakon Construction Sdn Bhd yang berpejabat di Aked Mara, Kajang menjalankan pelbagai kontrak.

Jasanya di dalam masyarakat sungguh banyak. Beliau merupakan seorang ahli politik yang sedang meningkat naik terutama sekali di bahagian Balakong.