bulansab.gif (1065 bytes)

MAKLUMAT UMUM

Organisasi
Perlembagaan
Peraturan Umum
Cara Pakaian
Rancangan 2000
Pelaksanaan 2000
Rancangan 2001
Mesyuarat Agung
Senarai semak
Senarai Ahli
Jaringan PBSMM

LAPORAN AKTIVITI

Kem Belia 2000
Kem Tekala
Kem Congkak
Pertandingan PC
Mesyuarat Induk
Kem Tekali
Kursus PC
Kursus Kepimpinan
Jambori PBSMM

KURSUS

Kursus PC

NOTA

Pendidikan
Bencana Alam
Pertolongan Cemas
Kejururawatan
Kemasyarakatan
Derma Darah
Wabak Penyakit

LINK

Malaysia
Hulu Langat
SAM 10
Jamuan Petaling
Sarul Nizam ?
Pergi Jepun
Rentas Hutan 2000


Pelaksanaan Rancangan 2000
PBSMM SMK Engku Husain
gambar.gif (2183 bytes)



1 2 3 4 5

 

KURSUS ORIENTASI GURU PENASIHAT
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CABANG HULU LANGAT

Kursus ini mendapat kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Restoran Al Ehsan, Kajang. Kursus ini diadakan di Tingkat 1, Restoran Al Ehsan, berhadapan dengan Plaza Metro, Kajang . Telah diadakan pada 31 Oktober 1998.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan membimbing guru-guru penasihat PBSMM Cabang Hulu Langat menjalankan aktiviti lebih aktif di peringkat sekolah. Mulai 1999, sekula sekolah menengah yang mempunyai pasukan PBSMM akan mempunyai pegawai kadet yang akan datang membantu menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah.

Lebih 15 guru telah hadir. Setiap sekolah turut menghantar 5 orang wakil pelajar yang menganggotai jawatankuasa persatuan.

Ceramah telah diberikan oleh En Sumbramaniam iaitu Jurulatih Kanan merangkap Setiausaha Kehormat PBSMM Cabang Hulu Langat. Demostrasi CPR telah dilakukan oleh En Sarul Nizam dan para pelajar dari SMK Engku Husain dan dibimbing oleh En Subramaniam. Aktiviti kumpulan diadakan dan setiap kumpulan membentangkan laporan masing-masing. Sesi dialog turut diadakan bersama-sama dengan AJK PBSMM .

Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Haji Sharif bin Sarif, pengerusi PBSMM Cabang Hulu Langat . Majlis Penutup dan penyampaian sijil oleh Engku Tik Azizah Engku Malek iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Delegasi PBSMM Selangor ke Jepun turut hadir. Mereka diperkenalkan kepada semua yang hadir . Wakil Hulu Langat ialah dari SM Taman Tasik Tambahan, Ampang. Mereka turut dibimbing bagi mempersiapkan diri ketika di sana nanti. Antaranya ialah persembahan kebudayaan.

Ini adalah wakil PBSMM Selangor yang akan pergi Jepun pada bulan Disember. Ia diketuai oleh En YS Linggam. Ahli PBSMM yang turut serta ialah Devan, Roslinya A Latif, Siti Hajar, Ami Adina, Loh Lai Kheng, hian Kwang, Shakil Ganesh dan Tan Han Loong.

Ahli PBSMM Hulu Langat yang pernah pergi ke Jepun ialah Sarul Nizam bin Razif.

Dalam majlis ini telah diadakan penyampaian hadiah kepada ahli-ahli PBSMM Cabang Hulu Langat. Gambar di bawah ialah ahli PBSMM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, Selangor.
Dari kiri : Fairuz, En Sarul Nizam, En Subramaniam, En Abd Malek, En RS Moganan, En Sharizal, dan Fairul Hizwan Mohamad Din.
Baris belakang ialah : Siti Zaleha, Faradila, Rashidi, Intan Diana, Alfiz dan Kasthuri.

 

 

 

 

 

 


Alfiz dan SMK Engku Husain telah menerima sijil penyertaan kursus. Sijil telah disampaikan oleh Pengarah PBSMM Selangor.
Kelihatan yang berbaju hijau ialah Sister Kanagambikai dari Hospital Kajang.

 

 

Faradila menerima sijil

 


 

Rashidi dari SMK Engku Husain telah menerima sijil.

 


Intan Diana turut menerima sijil.

 

 

 

 


Guru Penasihat PBSMM SMK Engku Husain En Abd Malek Abd Hanif menerima sijil bagi mewakili SMK Engku Husain.

 

 

 

 

 



 

 

 

Gambar bawah : Rashidi menerima sijil


 

 

 

 

 



t_continue1.gif (2037 bytes)