bulansab.gif (1065 bytes)

MAKLUMAT UMUM

Organisasi
Perlembagaan
Peraturan Umum
Cara Pakaian
Rancangan 2000
Pelaksanaan 2000
Rancangan 2001
Mesyuarat Agung
Senarai semak
Senarai Ahli
Jaringan PBSMM

LAPORAN AKTIVITI

Kem Belia 2000
Kem Tekala
Latihan Kebakaran
Kem Congkak
Pertandingan PC
Mesyuarat Induk
Kem Tekali
Kursus PC
Kursus Kepimpinan
Jambori PBSMM

KURSUS

Kursus PC

NOTA

Pendidikan
Bencana Alam
Pertolongan Cemas
Kejururawatan
Kemasyarakatan
Derma Darah
Wabak Penyakit

LINK

Malaysia
Hulu Langat
SAM 10
Jamuan Petaling
Sarul Nizam ?
Pergi Jepun
Rentas Hutan 2000


PBSMM SMK Engku Husaingambar.gif (2183 bytes)



1 2 3 4 5

    LATIHAN CEGAH KEBAKARAN
latihan.kebakaran.jpg latihan.kebakaran.padam.api.jpg latihan.kebakaran.pelajar.padam.api.jpg

        Simulasi mencegah kebakaran telah diadakan pada hari Khamis       Mei 2000 . Latihan kebakaran ini terbahagi kepada dua peringkat.  Peringkat pertama untuk   pelajar sesi pagi dan  sesi kedua untuk pelajar sesi petang.  Latihan ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain , 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

     Pihak Jabatan Perkhidmatan Bomba  Kajang telah diminta mengendalikan latihan menggunakan   pemadam api.  Pegawai Bomba juga menyelia  masa dan  cara mengendalian  pemindahan pelajar dari dalam bangunan  ke padang sekolah secara cepat dan teratur. Setiap pelajar diwajibkan meninggalkan kelas dalam tempoh 3 minit.

     Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKEH di bawah pimpinan  Encik Abdul Malek bin Abd Hanif  bersama dengan Puan Rajeswary mengendalikan ahli-ahli yang terlibat.  Di samping itu  En Shahrizal bin Ismail Basaha serta En Hanizam Abdul Aziz membantu menyelras dan membimbing pemindahan mangsa kebakaran. Uztazah Norizan Mohamad menyediakan bahan-bahan untuk latihan dan memanggil pihak Bomba.

     Api dibakar  dekat dengan tempat sensitif iaitu berdekatan dengan makmal di Blok B.  Asap beterbangan dari dalam tong drum.... kertas-kertas yang dibakar menjadi marak.  Ada yang terkejut dengan  api serta asap . Beberapa guru disiplin terkejut kerana menyangka kebakaran benar-benar berlaku.

     Apabila loceng panjang dibunyikan , guru yang sedang berada di dalam kelas hendaklah mengarahkan semua pelajar berbaris di luar kelas dan menuju ke padang mengikut pelan yang telah diberikan terlebih dahulu. Semua guru, pelajar , kaki tangan dan pekerja kantin dikehendaki berada di padang tanpa kekecualian.  Pegawai Bomba memberikan penerangan.  Sementara Encik Abd Malek bin Abd Hanif memberikan  penerangan dari sudut pertolongan cemas.

     Semasa latihan memadamkan api, beberapa guru dan  pelajar dipanggil untuk mencuba menggunakan  alat pemadam api. Apa yang berlaku, ada di antara alat ini tidak berada ditempat yang betul. Sesetengahnya pula tidak dapat digunakan kerana  telah kosong atau  rosak.   Sekolah  merupakan tempat yang jarang terbakar. Namun  sejak akhir-akhir ini  kemungkinan itu tetap ada.

     Semoga latihgan mencegah kebakaran ini menjadi pengalaman yang berguna kepada semua pelajar dan guru jika berlaku kebakaran.

t_continue1.gif (2037 bytes)