bulansab.gif (1065 bytes)

MAKLUMAT UMUM

Organisasi
Perlembagaan
Peraturan Umum
Cara Pakaian
Rancangan 2000
Rancangan 2001
Mesyuarat Agung
Senarai semak
Senarai Ahli
Jaringan PBSMM

LAPORAN AKTIVITI

Kem Belia 2000
Kem Tekala
Kem Congkak
Pertandingan PC
Mesyuarat Induk
Kem Tekali
Kursus PC
Kursus Kepimpinan

KURSUS

ma

NOTA

Pendidikan
Bencana Alam
Pertolongan Cemas
Kejururawatan
Kemasyarakatan
Derma Darah
Wabak Penyakit

LINK

Malaysia
Hulu Langat


Rancangan Tahunan
PBSMM SMK Engku Husain
gambar.gif (2183 bytes)



1 2 3 4 5

f8ball.gif (1055 bytes)OBJEKTIF
  1. Dapat melahirkan  pelajar yang  serba lengkap  dengan ilmu dan kemahiran pertolongan cemas .
  2. Dapat membentuk sahsiah yang mulia berasaskan 7 prinsip PBSMM
  3. Dapat membina generasi yang tahan lasak , berketrampilan dan boleh menjadi pemimpin serta pengikut  yang berdisiplin
  4. Dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan sentiasa cintakan aktiviti sukarela dan membantu masyarakat.


f8ball.gif (1055 bytes)AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

  1. Jumaat 10 Mac 2000 - Latihan kawad , aktiviti suai kenal dan permainan  berkumpulan
  2. Jumaat 24 Mac 2000 - Latihan  kawad dipimpin oleh Encik Shahrizal Ismail Basya   . Permainan dalam kumpulan.  Pada akhir  masa diadakan mesyuarat Jawatankuasa.
  3. Jumaat 31 Mac 2000 - Latihan kawad.  Ceramah dan tunjukcara menggunakan kain anduh oleh Encik Abdul Malek bin Haji Abdul Hanif dan Encik Shahrizal Ismail Basya.
  4. Khamis 6 April 2000 - Merancang dan mengukur  pelan untuk aktiviti sukaneka dan mencari harta karun.  Guru penasihat ialah En Abd Malek bin Abd Hanif. Turut membantu ialah Cikgu  Siti Rokiah dan Cikgu Zuanis Farita.
  5. Jumaat 7 April 2000 -  Latihan kawad dan permainan  berkumpulan.
  6. Sabtu 8 April 2000 - Latihan kawad bergerak.  Taklimat tentang  Kem PBSMM di   Melaka.  Turut disentuh tentang kehadiran dan   disiplin berpakaian.
  7. Jumaat 14 April 2000 - Pembahagian ahli kepada 10 kumpulan dan  latihan kawad mengikut  kumpulan yang telah dibentuk.
  8. Latihan kebakaran bersama dengan  Pasukan Bomba Kajang. Beberapa orang guru dan ahli berlakon menjadi mangsa  . Sementara  ahli yang lain bertugas menyelamatkan / memindahkan mangsa kebakaran. Demonstrasi memadamkan api telah diadakan. Turut membantu ialah Encik Shahrizal Ismail Basya dan Encik Hanizam Abdul Aziz. Cikgu Zuanias Farita   setuju menjadi mangsa kebakaran dan dipindahkan dengan menggunakan strecher .
  9. Jumaat Ceramah CPR telah diadakan di Gelanggang Serbaguna.
  10. Sambutan  Hari Bulan Sabit Merah Malaysia  sempena kelahiran pengasas Palang / Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei setiap tahun.  Satu acara  nyanyian , ucapan dan  pelancaran kutipan derma di peringkat sekolah.
  11. Kutipan Derma diadakan  diperingkat sekolah pada hari
  12. 9 Mei 2000 - Latihan kawad. Turut hadir ialah Cikgu Siti Rokiah.
  13. Jumaat 23 Jun 2000 - Latihan kawad  mengikut kumpulan.


f8ball.gif (1055 bytes)AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

1 Julai Rombongan ke HUKM / Putrajaya, KLCC dan Pejabat PBSMM
2   Kursus Kepimpinan
3 Ogos Kuiz / Ujian Pertolongan Cemas
4   Lawatan ke Rumah Anak Yatim  / Kg Angkat Orang Asli
5 September  
6   Kutipan Derma
7 Oktober Amali rawatan rumah
8    
9 November Demonstrasi Bencana Alam.
10    


f8ball.gif (1055 bytes)PERMASALAHAN

1 Pakaian lengkap PBSMM agak mahal dan ramai tak mampu membelinya
2 Tidak ada hari Sabtu yang sesuai untuk diadakan perjumpaan ahli PBSMM   sesi pagi dan petang. Hanya ada sekali sahaja perjumpaan.
3 Aktiviti yang diadakan pada hari Jumaat  memerlukan pelajar balik segera ke rumah untuk datang semula ke sekolah .
4 Tempat yang sesuai tidak ada.  Gelanggang Serbaguna terpaksa   berkongsi dengan  pelajar yang mengikuti  Pendidikan Jasmani.
5 Tidak ada kelas / dewan yang sesuai untuk aktiviti ceramah dan latihan di dalam kelas.  Penggunaan slaid / tranferensi sangat perlu.

 

 

t_continue1.gif (2037 bytes)