|
PERUTUSAN
PENGERUSI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ,
CABANG HULU LANGAT, SELANGOR, MALAYSIA
Hompej ini merupakan antara hompej yang terawal diterbitkan.
Ia dimulakan pada tahun 1998 dan kini ia berusia tiga tahun.
Saya senditi telah memegang jawatan sebagai pengerusi Persatuan
ini selama setahun iaitu bermula pada Mac 1999 setelah kematian rakan karib saya
, arwah Tuan Haji Shariff bin Sarim.
Sedaya mungkin saya akan membantu segala aktiviti
yang telah dirancang oleh PBSMM dan mengikut perlembagaan PBSMM.
Sesungguhnya aktiviti kemasyarakatan dan program kemanusian yang
dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Segala
aktiviti PBSMM akan lebih berkesan dengan adanya kerjasama daripada
semua pihak terutama agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
PBSMM Cabang Hulu Langat juga telah menyambut ulangtahun
ke-11 di Projek Kampung Angkat Orang Asli di Sungai Chemong, Semenyih pada 7-9 Mei 1999.
Ramai pegawai dan sukarelawan PBSMM terlibat demi membantu mereka yang terpinggir
oleh arus pembangunan.
Kempen Derma Darah bagi alaf baru patut diteruskan dan
diperbanyakkan. Kem Perubatan dan Kesihatan yang telah diadakan di Rumah Panjang
Balakong pada tahun 1999 patut diteruskan.
Keahlian PBSMM kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah. Oleh yang demikian, tumpuan mestilah diberikan kepada sasaran
ini. Tambahan pula para pelajar merupakan generasi pelapis yang memerlukan perhatian dan
bimbingan bagi menghadapi alaf mendatang.
Sekian, terima kasih
YB Hoh Hee Lee
Pengerusi PBSMM
Cabang Daerah Hulu Langat
(selaku ADUN Kawasan Balakong.)
BIODATA
Biodata
PENDIDIKAN
Pendidikan
PENGALAMAN
Pengalaman
TUGAS
Tugas
|