JAMBORI
TEKALA

Jambori Tekala telah diadakan di Perkampungan Orang Asli, Sungai Tekala. Kampung Orang
Asli ini telah dijadikan kampung angkat oleh PBSMM Daerah Hulu Langat. Pelbagai kemudahan
yang ada di perkampungan itu telah digunakan dengan sepenuhnya oleh PBSMM Daerah Hulu
Langat. Antaranya ialah Dewan, Sekolah dan padang permainan. Sekolah-sekolah menengah dari
daerah Hulu Langat telah menghantar wakil. Jumlah peserta lebih kurang 200 orang.
Antaranya ialah SMK Engku Husain, SMK Agama Persekutuan Kajang, SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Kajang, SM Agama Maahad Hamidiah Kajang, SMK Bandar Baru Bangi dan beberapa sekolah lain.

PBSMM SMK Engku Husain menghantar wakil yang yang paling ramai iaitu 40 orang. Guru
Penasihat PBSMM Engku Husain merangkap Jurulatih Kanan PBSMM ialah En Abd Malek bin Abd
Hanif.

Ramai pihak yang telah menjayakan Jambori ini. Tanpa kerjasama daripada mereka, tentu
jambori ini tidak akan berjaya.
Kelihatan dalam gambar ialah En RS Moganan, En Murugesu, Tuan Haji Ali Hashim , En dan En
Abd Malek.


SMK Engku Husan telah menjadi juara keseluruhan. Peserta terbaik ialah Sabariah Sharif.
|