PBSMM
sekolah ini telah ditubuhkan sejak sekolah ini ditubuhkan iaitu pada tahun 1975.
Sesungguhnya Palang / Bulan Sabit Merah adalah pertubuhan bertaraf dunia dan PBSMM SMKEH
menjadi satu unit dari rangkaian pertubuhan ini. Ia mendapat pengiktirafan hampir 156
negara,dipercayai dan direstui ketika perang apatah lagi ketika aman.

|

|
Kasthuri, Letchumi , Intan dan Siti Zaleha sedang
mengikuti kursus pertolongan cemas |
Dr Norizan dari PK Semenyih dan pembantunya sedang
menjalankan pemeriksaan gigi di Bilik Rawatan PBSMM SMKEH. |
PBSMM SMKEH mendapat sokongan dan dokongan penuh dari
pihak pentadbiran sekolah dan pihak kerajaan secara keseluruhannya. Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
yang kini diterajui Datin Siti Zaharah Mohd Zin memberikan sokongan yang tidak bebelah
bagi.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang
Daerah Hulu Langat sentiasa memberikan kerjasama sukarela tanpa batasan waktu dan
tenaga. Tenaga sukarela mereka sentiasa dihulurkan.
MAKLUMAT AM:-
- Bekas Guru Penasihat PBSMM sekolah ini antaranya En Talib
Md Seh, En Tan Seng Seng dan En Yong Ei Choon, Pn Nurhaj Hawiah dan Pn Rajeswari. Sekarang
dikendalikan oleh En Abd Malek
Abd Hanif bersama guru-guru yang lain.
- Homepage SMK Engku Husain bermula pada bulan Ogos 1998
dikendalikan oleh Cikgu Abdul Malek. Homepage ini telah dirasmikan oleh YB Chong Tow
Choong , ADUN Kawasan Kajang pada 29 Ogos 1998 ketika Majlis Kecermerlangan Pelajar 1998.
|
|
|