![]() |
|||||||||
![]() |
|
|
|
||||||
SARUL
NIZAM RAZIFF BERTUGAS DI IBU PEJABAT KEBANGSAAN PBSMM Salah seorang tenaga penting PBSMM Cabang Hlu Langat akan mula berkhidmat di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia mulai 15 Jun 2000. Untuk tujuan itu, beliau akan mengikuti kuliah paramedik di bawah bimbingan dan tunjukajar Dr Selvajothi. Sehingga kini , IPK terletak di Jalam Nipah, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Terletak di satu kawasan yang sungguh strategik dan bernilai jutaan ringgit. Menurut perancangan awal, PBSMM akan membina sebuah menara yang pelbagai guna dan sebahagian ruang pejabat akan disewakan sebagai sumber pendapatan PBSMM. Encik Sarul Nizam mungkin akan ditugaskan membantu mangsa-mangsa kemalangan terutama sekali kemalangan jalan raya, kebakaran, bangunan runtuh, lemas, bencana alam di sekitar lembah Kelang. Tugas ini sungguh mencabar kerana terpaksa berdepan dengan mangsa yang kehilangan darah dan nyawa. Detik genting ini memerlukan seorang paramedik yang bijak mengunakan peralatan yang ada bagi membantu mangsa kemalangan. Untuk pengetahuan semua, Encik Sarul Nizam pernah menjadi pengerusi PBSMM di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Beliau pernah mengikuti program pertukaran belia ke negara Jepun selama dua minggu . Hasil pengetahuan , pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang pertolongan cemas, memberikan erti yang bermakna kepada PBSMM Daerah Hulu Langat . Ketika di sekolah, beliau pernah dianugerah sebagai pemimpin masa depan. Semoga beliau berjaya dengan karier baru. |
|||||||||
|
|
||||||||
![]() |