bulansab.gif (1065 bytes)

MAKLUMAT UMUM

Organisasi
Perlembagaan
Peraturan Umum
Cara Pakaian
Rancangan 2000
Rancangan 2001
Mesyuarat Agung
Senarai semak
Senarai Ahli
Jaringan PBSMM

LAPORAN AKTIVITI

Kem Belia 2000
Kem Tekala
Kem Congkak
Pertandingan PC
Mesyuarat Induk
Kem Tekali
Kursus PC
Kursus Kepimpinan

KURSUS

ma

NOTA

Pendidikan
Bencana Alam
Pertolongan Cemas
Kejururawatan
Kemasyarakatan
Derma Darah
Wabak Penyakit

PELBAGAI

Malaysia
Hulu Langat
Jamuan Petaling
Sarul Nizam ?
Pergi Jepun
Rentas Hutan 2000
SAM 10


PERKHEMAHAN PBSMM SMK AGAMA BATU 10. CHERASgambar.gif (2183 bytes)



1 2 3 4 5

        Pada 9, 10 dan 11 Jun 2000 yang lalu, PBSMM  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batu 10 , Cheras telah   mengadakan perkhemahan di  Taman Rimba Templer.  Seramai 120 orang ahli PBSMM turut serta dalam perkhemahan tersebut. Pegawai PBSMM Daerah Hulu Langat  yang terlibat seramai lima orang. Teraju utama  pegawai PBSMM ialah  En Shahrizal Ismail Basya , Encik Hanizam Abdul Aziz ,  En Saiful Nizam dan Encik Noor Fairul Hafizan bin Mohd Din. Pegawai yang lain ialah En Abdul Malek bin Abdul Hanif , Encik Sarul Nizam bin Raziff dan Encik Mohd Khairi. Cikgu Abd Malek dari SMK Engku Husain. Sementara pegawai-pegawai PBSMM adalah bekas pelajar SMK Engku Husain..
     Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah   pertandingan memasang khemah , memasak,  jungle tracking ,  latihan    pemindahan mangsa bencana alam di lereng-lereng bukit,  persembahan kebudayaan dan lain-lain.
     Kerjasama sesama ahli cukup baik sekali.  Setiap ahli bekerjasama mencari dan menyewa khemah , dapur memasak,   generator dan lampu. Malangnya  generator tidak dapat digunakan. Oleh itu lampu ayam telah digunakan sebagai ganti. Ahli yang terdiri dari pelajar tingkatan  satu hingga tingkatan lima   dapat menjalin semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
      Apabila sampai waktu sembahyang, semua ahli   bersembahyang  jemaah   di satu kawasan rata  di tepi sungai.   Sebenarnya   empat kali khemah terpaksa dipindahkan  kerana   masalah keselamatan dan keselesaan.  Hasil inisiatif dan  gandingan semua pihak,  pemasangan khemah dapat dilakukan dengan sempurna.
     Tahniah kepada PBSMM SMK Agama Batu 10, Cheras. Malaysia boleh.

 

 

t_continue1.gif (2037 bytes)