![]() |
|||||||||
![]() |
|
|
|
||||||
LATIHAN
CEGAH KEBAKARAN
Simulasi mencegah kebakaran telah diadakan pada hari Khamis Mei 2000 . Latihan kebakaran ini terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama untuk pelajar sesi pagi dan sesi kedua untuk pelajar sesi petang. Latihan ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain , 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Pihak Jabatan Perkhidmatan Bomba Kajang telah diminta mengendalikan latihan menggunakan pemadam api. Pegawai Bomba juga menyelia masa dan cara mengendalian pemindahan pelajar dari dalam bangunan ke padang sekolah secara cepat dan teratur. Setiap pelajar diwajibkan meninggalkan kelas dalam tempoh 3 minit. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMKEH di bawah pimpinan Encik Abdul Malek bin Abd Hanif bersama dengan Puan Rajeswary mengendalikan ahli-ahli yang terlibat. Di samping itu En Shahrizal bin Ismail Basaha serta En Hanizam Abdul Aziz membantu menyelras dan membimbing pemindahan mangsa kebakaran. Uztazah Norizan Mohamad menyediakan bahan-bahan untuk latihan dan memanggil pihak Bomba. Api dibakar dekat dengan tempat sensitif iaitu berdekatan dengan makmal di Blok B. Asap beterbangan dari dalam tong drum.... kertas-kertas yang dibakar menjadi marak. Ada yang terkejut dengan api serta asap . Beberapa guru disiplin terkejut kerana menyangka kebakaran benar-benar berlaku. Apabila loceng panjang dibunyikan , guru yang sedang berada di dalam kelas hendaklah mengarahkan semua pelajar berbaris di luar kelas dan menuju ke padang mengikut pelan yang telah diberikan terlebih dahulu. Semua guru, pelajar , kaki tangan dan pekerja kantin dikehendaki berada di padang tanpa kekecualian. Pegawai Bomba memberikan penerangan. Sementara Encik Abd Malek bin Abd Hanif memberikan penerangan dari sudut pertolongan cemas. Semasa latihan memadamkan api, beberapa guru dan pelajar dipanggil untuk mencuba menggunakan alat pemadam api. Apa yang berlaku, ada di antara alat ini tidak berada ditempat yang betul. Sesetengahnya pula tidak dapat digunakan kerana telah kosong atau rosak. Sekolah merupakan tempat yang jarang terbakar. Namun sejak akhir-akhir ini kemungkinan itu tetap ada. Semoga latihgan mencegah kebakaran ini menjadi pengalaman yang berguna kepada semua pelajar dan guru jika berlaku kebakaran. |
|||||||||
|
|
||||||||
![]() |